pengikut kale pink!

Thursday, August 13, 2015

CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK DENGAN MUDAH & BERKESAN

Masalah kulit berminyak adalah sesuatu yg amat mengganggu bagi seorang wanita. Apatah lagi jika ia disertai dengan masalah jerawat ataupun kulit kusam. Malah, bagi yg tidada masalah sampingan lain juga, masalah kulit berminyak menyebabkan seorang wanita sukar untuk bertahan kelihatan cantik seharian di tempat kerja kerana alat solek yg digunakan mudah terjejas! Untuk mengatasi masalah kulit berminyak ini dengan mudah, kita seharusnya mengetahui punca mengapa kulit kita menjadi berminyak atau terlalu berminyak. Di samping itu, pengambilan Vitamin & produk penjagaan kulit yg betul adalah sangat-sangat perlu sebagai cara mengatasi masalah kulit berminyak secara mudah & berkesan.



APAKAH PUNCA KULIT BERMINYAK?

Secara asasnya, terdapat 9 punca kulit seseorang itu menjadi berminyak atau terlalu berminyak iaitu:

1. GENETIK/KETURUNAN - jika terdapat di kalangan kaum keluarga anda yg mempunyai masalah kulit berminyak, maka anda juga berisiko untuk mempunyai masalah kulit berminyak.



2. PENGGUNAAN KOSMETIK SECARA BERLEBIHAN - penggunaan bedak asas, foundation, BB cream serta alat solek dengan berlebihan ataupun terlalu kerap boleh menyumbat liang-liang pori pada muka. Apabila tersumbat, ia memberi siganl kepada kulit untuk mengeluarkan cecair (minyak) dengan lebih banyak lagi.

3. PERUBAHAN CUACA/MUSIM - biasanya kulit akan menjadi lebih berminyak sewaktu cuaca panas terik. Ini kerana liang pori lebih mudah terbuka dan kulit mengeluarkan lebig cecair (minyak) untuk melindungi muka dari ancaman terik matahari.

4. PENGAMBILAN UBAT-UBATAN - ini terutamanya apabila ubat-ubatan tersebut berkait rapat dengan hormon seperti ubat kesuburan. Perubahan hormon menyebabkan perubahan pada kulit juga.

5. KESILAPAN MEMILIH/MENGGUNAKAN PRODUK PENJAGAAN KULIT - contohnya, apabila seseorang itu menggunakan pencuci muka untuk kulit berminyak, tetapi sebenarnya dia mempunyai jenis kulit kombinasi, maka kulit secara automatik akan mengeluarkan cecair (minyak) berlebihan untuk 'melindungi' kulit dari ancaman/perubahan.

6. PERUBAHAN HORMON - apabila hormon berubah; terutamanya sewaktu datang haid, mengandung atau menyusukan anak, maka kulit kita juga turut terkesan.

7. BERASA STRESS - apabila kita berada dalam keadaan stress, badan kita secara automatik akan mengeluarkan lebih banyak hormon androgen yg menyebabkan penghasilan minyak yg lebih pada kulit.

8. PENGGUNAAN ALATAN PENJAGAAN MUKA YG TIDAK PERLU - contohnya menggosok (scrub) muka dengan kain, membersihkan muka dengan berus, span, sarung tangan dan sebagainya adalah tidak perlu. ia bukan sahaja merosakkan kulit, malah menggalakkan pengeluaran minyak berlebihan.

9. BERJEMUR DENGAN SENGAJA (SUN TANNING) - walaupun pada awalnya mungkin kulit anda akan menjadi kering, namun tindakbalas selepas anda pulang ke rumah adalah penghasilan minyak yg berlebihan di kulit muka anda.



BAGAIMANA CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK DENGAN MUDAH?

Secara asasnya, anda perlu mengetahui apakah punca yg menjadikan kulit anda berminyak ataupun sangat berminyak berdasarkan faktor-faktor yg telah dijelaskan di atas. Namun, beberapa langkah dari luaran khususnya juga perlu anda lakukan untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak dengan mudah.

Berikut adalah 9 cara untuk mengatasi kulit berminyak dengan mudah:


1. Gunakan pencuci muka dari jenis 'Gentle Facial Cleanser' sebanyak 2 kali sehari. Pencuci muka juga seharusnya mempunyai nilai pH yg seimbang dan tidak terlalu beralkali. Pencuci muka yg mengandungi sabun mengandungi nilai alkali yg tinggi; dan ini boleh merosakkan kulit. Sebaiknya gunakan air suam (bukannya panas) untuk membersihkan muka.

2. Gunakan penyegar (toner) yg bebas alkohol. Pakar dermatologi berpendapat bahawa penggunaan toner sebenarnya boleh mencemarkan kulit; jadi adalah disarankan agar toner hanya perlu disapu pada kawasan yg berminyak sahaja dengan menggunakan kapas yg bersih.

3. Lembabkan (moisturize) kulit anda. Jangan salah faham - lembab & berminyak adalah 2 perkara yg berbeza! Kulit berminyak juga kadang-kala boleh menjadi sangat kering sebenarnya. Jadi, gunakan pelembab (moisturizer) yg ringan (tidak pekat/tebal) strukturnya serta bukan berasaskan minyak (oil-free).

4. Gunakan kertas/tisu penyerap minyak muka (blotting paper) untuk mengurangkan jumlah minyak di muka. Namun, elakkan menyapu/mengesat tisu tersebut merata-rata di seluruh muka. Sebaliknya, hanya lekapkan selama 15-20 saat sahaja pada tiap-tiap titik (spot) yg berminyak untuk diserap. Ini bagi mengelakkan kotoran pada kulit terserak ke seluruh bahagian muka.

5. Gunakan clay mask (masker tanah liat) seminggu sekali. Masker jenis ini membantu menyerap kotoran & mengeringkan minyak pada muka.


vitamin kulit berminyak
6. Jika ingin mengenakan mekap sewaktu bekerja atau keluar dari rumah, gunakan alat mekap yg berasaskan serbuk (powder); bukannya berasaskan minyak. Pastikan anda baca dahulu keterangan serta bahan-bahan yg ditulis di setiap alat mekap/kosmetik yg ingin dibeli. Elakkan juga mengenakan mekap yg terlalu tebal kerana ia boleh menyumbat liang pori pada muka anda dan menyebabkan muka anda menjadi semakin berminyak.

7. Pilih produk penjagaan kulit yg berasaskan bahan semulajadi. Pastikan setiap produk sama ada pencuci, penyegar ataupun pelembab adalah bebas alkohol serta tidak mengandungi bahan kimia yg berbahaya. Elakkan juga pencuci yg berasaskan sabun.

vitamin untuk kulit berminyak


8. Elakkan membasuh muka dengan terlalu kerap. Cukuplah dengan mencuci dengan menggunakan air dan pencucui muka sebanyak dua kali sehari. Bagi yg beragama Islam, selebihnya biarlah hanya pada waktu berwudhuk sahaja.

9. Jangan gunakan kapas yg sama berulang kali. Elakkan menggunakan tuala yg sama dengan tuala untuk mengelap badan. Sebaiknya tukar juga tuala muka yg digunakan setiap hari. Ini bagi mengelakkan kotoran tersebar di seluruh kawasan muka dan menyebabkan iritasi.


Dengan Shaklee, masalah kulit berminyak dan berjerawat telah banyak dapat diselesaikan dengan penggunaan Set Enfuselle SkinCare untuk kulit berminyak serta pengambilan Sustained Release Vita C Plus sebagai makanan tambahan. Penjagaan kulit sememangnya memerlukan perhatian dari luaran & dalaman untuk memastikan kesan yg paling optimum dapat dirasakan dengan cepat & mudah.

SET KULIT SENSITIF DAN BERMINYAK


testimoni enfuselle shaklee

So, kalau anda juga mengalami masalah kulit berminyak, sensitif atau berjerawat, dan nakkkk sangat hilangkan masalah tu, JOM ORDER SET NI DARI SAYA SEKARANG. Nak order Vitamin C je dulu? Boleh... tapi saya tak jaminlah kesannya akan secepat customer yg dah berjaya nih.. hehehe.. Boleh Whatsapp saya di: 017 597 1031

                                                       MAYA
Mentor Kulit Cantik Anda.


No comments: