pengikut kale pink!

Tuesday, October 6, 2015

5 SEBAB KENAPA ORANG KATA VITAMIN SHAKLEE TIDAK BERKESAN

Pernah dengar tak orang kata Shaklee ni 'vitamin penipu'? Puncanya, sebab ada yg kata vitamin Shaklee ni tak berkesan sepertimana yg digembar-gemburkan. Ada yg kata; "Dah ambil Set Menyusu, tapi susu tak memancut-mancut pun?""Dah ambil Set Kulit Cantik, tapi jerawat tak hilang semua pun?""Dah sebulan dah ambil GLA Complex ni, sama je haid tak datang-datang pun?" Dan macam-macam lagi 'komplen' yg boleh mempengaruhi reputasi Shaklee sehingga dipanggil 'vitamin penipu'.


BETUL KE SHAKLEE MEMANG 'TAK SESUAI' UNTUK SAYA?

Bila seseorang yg baru pertama kali mengambil/menggunakan produk Shaklee, anda sewajibnya menerima konsultasi terperinci daripada pengedar yg menjualnya kepada anda. Itu hak anda sebagai pengguna/pelanggan. Semua pengedar Shaklee dibayar komisyen oleh syarikat Shaklee berdasarkan setiap jualan yg dibuat. Jadi, jika anda tidak mendapat apa-apa panduan daripada si pengedar/penjual, anda WAJIB meminta hak anda daripada mereka. Ini khususnya bagi mengelakkan tanggapan seperti 'Shaklee tak berkesan pun untuk saya' atau 'Shaklee ni memang penipu!'.

Kenapa kena minta konsultasi, sedangkan pada label di setiap botol vitamin Shaklee sudah dinyatakan cara pengambilannya?

Ini kerana panduan pengambilan di label tersebut hanyalah secara umum sahaja. Pengedar yg menjual kepada anda seharusnya mengetahui isu/keadaan kesihatan anda secara lebih terperinci lagi; lantas baru dia menyarankan produk/set yg bersesuaian untuk anda. Sebagai contoh; label di botol Alfalfa Complex menyarankan pengguna mengambil 10biji Alfalfa setiap hari. Namun, sesetengah kita tidak memerlukan sehingga 10biji pun. Jika iya sekalipun, 10biji berkenaan sebaiknya diambil secara berasingan untuk mengelakkan healing crisis yg mengejut kepada pengguna yg baru mula mencuba/mengambilnya. Di sinilah tugas & tanggungjawab pengedar yg menjual kepada anda untuk menjelaskan kaedah, kesan & akibat yg mungkin akan dialami oleh pelanggan.

cara makan shaklee


SAYA DAH MAKAN SHAKLEE SEBULAN, KENAPA TAK BERKESAN?

Ada segelintir pelanggan yg berasa begini sebenarnya. Mereka merasakan bahawa mereka tidak mendapat hasil/kesan positif sepertimana yg sepatutnya atau yg dijanjikan bakal berlaku kepada mereka selepas mengamalkan produk/set yg dibeli. Tapi persoalannya, benar-benar ke Shaklee tak berkesan untuk kita/dia?

Jawapannya mudah. Jika ada di kalangan pelanggan saya yg bertanya/mempersoalkan begitu, saya akan periksa 5 perkara asas ini:

  • Adakah anda mengambil kuantiti air kosong seperti kuantiti yg sepatutnya? Ya. Tanpa pengambilan supplemen juga kita sepatutnya minum 8 gelas air kosong sehari; iaitu bersamaan sekitar 2 liter sehari. Ini bagi yg mempunyai berat badan normal. Inikan pula jika anda mengamalkan supplemen. Anda WAJIB minum air kosong secukupnya dalam sehari. Berapa liter? Secukupnya dengan berat badan anda; 1 liter untuk setiap 25kg berat badan. Jadi, jika berat anda 75kg, pastikan anda minum 3 liter air kosong dalam sehari untuk membenarkan supplemen Shaklee menyerap & berfungsi secara optimum pada badan anda.
cara makan shaklee
Pengambilan air kosong amat penting untuk penyerapan & keberkesanan vitamin Shaklee


  • Adakah anda berdisiplin & konsisten mengambil vitamin anda? Saya akan tanya kepada pelanggan saya yg komplen tu, adakah dia betul-betul ikut jadual pengambilan yg telah saya sarankan? Adakah betul dia tak pernah tertinggal (skip) walau sehari pun vitamin yg saya sarankan? Hampir 100% yg komplen tu akan jawab "kadang-kadang saya terlupa.. sibuk kan pagi/petang/malam.. sampai terrr skip makan". Nahhhhh... Jika tak konsisten, macam mana nak dapat kesan yg optimum?
  • Adakah cukup masa seminggu/sebulan untuk vitamin Shaklee berkesan kepada anda? Supplemen bukan seperti ubat-ubatan klinik/doktor yg boleh 'menyembuhkan' penyakit anda dalam 1-2 jam. Contohnya seperti paracetamol yg boleh menurunkan panas badan atau ubat turun darah yg boleh menjadikan anda 'haid' serta-merta. NO. Supplemen Shaklee perlukan disiplin & konsistensi anda. Ia memerlukan masa untuk menyerap masuk & serasi dengan sistem badan anda secara semulajadi. Ia 'memperbaiki' sistem tubuh anda secara semulajadi. Dan atas sebab itu juga, kesan vitamin Shaklee kepada seseorang itu berbeza. Rakan anda mungkin hanya memerlukan 7 hari untuk mencerahkan kulit dengan Vita C Plus; tetapi anda mungkin perlu masa lebih dari itu.
Pengambilan kafein boleh mengganggu penyerapan vitamin


  • Adakah cara makan/pengambilan anda tidak bercanggah atau bercampur? Apa maksudnya? Contohnya, betul ke anda tak minum kopi/minuman berkafein selepas atau bersama-sama dengan vitamin Shaklee anda? Betul ke anda ikut saranan seperti beberapa vitamin tak sesuai dimakan bersama-sama (contohnya Alfalfa tak sesuai diambil bersama GLA Complex/Vitamin E)? Semua ini turut mempengaruhi tahap keberkesanan vitamin yg diambil.
  • Adakah anda pernah periksa kadar toksin dalam badan anda? Ini adalah antara sebab utama mengapa supplemen tidak berkesan secara optimum ke atas badan kita. Jangan sangka anda kurus tak berlemak, maka badan anda tidak mengandungi toksin. ANDA SILAP. Toksin tidak mengenal saiz badan & tidak mengenal usia. Toksin bukan hanya boleh terkumpul melalui pemakanan; malah ia boleh terkumpul akibat faktor lain seperti udara tercemar, gaya hidup tidak sihat, merokok serta STRESS. Toksin menjadi 'racun' di dalam tubuh kita. Ia menghalang peneyrapan nutrisi oleh badan kita. Atas sebab itu, maka vitamin yg kita ambil akan jadi lewat/tidak berkesan.

APA PENYELESAIAN YG BOLEH SAYA LAKUKAN?

Secara umumnya, pastikan anda mendapat konsultasi yg terperinci & benar dari pengedar anda. Ikut saranan yg diberikan secara berdisiplin & konsisten. Pastikan pengambilan air kosong adalah mencukupi, jadual pemakanan yg konsisten serta elakkan makanan/minuman yg boleh mengurangkan keberkesanan vitamin Shaklee.

Untuk masalah toksin, kebiasaannya, jika selepas sebulan anda mengamalkan apa-apa produk/set vitamin Shaklee tetapi masih TIADA LANGSUNG perubahan, kami akan menyarankan agar anda mengambil Set Detoks dahulu bagi menyingkirkan toksin di dalam tubuh anda. Setelah melalui proses detoks, anda boleh mula mengambil semula apa-apa produk/set yg anda ambil tersebut dan bakal mendapat kesan yg optimum & marvelous!


Jadilah pengguna Shaklee yg bijak. Pastikan anda mendaoat hak anda dari pengedar anda. Dengan saya? konsultasi percuma DIJAMIN SEUMUR HIDUP!

MAYA
SID Pro Anda.
SMS/Whatsapp: 017-5971031

No comments: