pengikut kale pink!

Tuesday, August 11, 2015

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU SUPAYA TAK LEMBIK & SUSU BERKURANGAN


Ibu menyusu sememangnya diberikan rukhsah ataupun kelonggaran dalam berpuasa di bulan Ramadhan. Ini sama ada bagi yg risaukan kesihatan diri ibu itu sendiri ataupun ada yg risau tentang kesihatan bayi yg masih kecil; terutamanya yg berpuasa penuh. Ramai yg risau takut si ibu pengsan akibat kurang tenaga kerana tidak makan, ataupun ramai ibu yg risau kuantiti & kualiti susu merudum akibat si ibu yg kurang makan jika berpuasa. Tapi, di sini saya kongsikan beberapa tips khas untuk ibu menyusu di luar sana agar boleh berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tanpa rasa lesu dan tanpa menjejaskan kualiti susu yg dihasilkan untuk bayi.

cara tambah susu di bulan puasa



Merbahayakah Jika Saya Terus Berpuasa Sambil Menyusukan Bayi?

TIDAK. Berpuasa sebenarnya tidak menjejaskan keselamatan ibu & bayi yg normal. Malah, jika ibu berpuasa selama 24jam sekalipun, badan ibu masih boleh menghasilkan susu yg mencukupi untuk bayi.

Namun, ramai ibu menyusu; terutamanya yg menyusukan bayi secara penuh (full breastfeed) beranggapan bahawa berpuasa boleh menjejaskan proses penyusuan bayi. Ini kerana sebenarnya kebanyakan ibu:


  • Mempunyai mindset yg 'terjejas' dengan memikirkan bahawa jika dia berpuasa, maka susu akan berkurangan kerana kurang makan.
  • Merasakan susu akan berkurangan jika mengepam susu dengan kerap sewaktu masa bekerja.
  • Berasa mudah lapar & 'tak larat' kerana kononnya banyak kalori & lemak diperlukan untuk menghasilkan susu yg cukup.
  • Menganggap bayi yg menangis & meragam di bulan puasa adalah disebabkan oleh 'tak cukup susu'. Sedangkan banyak lagi faktor lain yg boleh menjadi penyebabnya.
  • Beranggapan bayi tak kenyang bila menyusu di bulan puasa jika dia berpuasa kerana susu menjadi 'cair' kerana ibu kurang makan.


Hakikatnya, berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk semua itu. Berpuasa seharusnya menjadikan seorang umat Islam menjadi lebih kuat; bukan semakin lemah.


Apa yg Perlu Saya Lakukan Untuk Mengelakkan Kerisauan?

Anda perlu tahu fakta ini - susu ibu tidak terjejas hanya kerana anda berpuasa. Ya, anda mungkin akan berasa sangat haus ketika berpuasa. Namun, itu juga sepatutnya tidak menjejaskan kualiti & kuantiti susu anda.

Apa yg paling penting adalah sebenarnya MINDSET anda. Anda perlu yakin bahawaberpuasa tidak sekali-kali menjejaskan anda & bayi anda. DENGAN SYARAT; anda perlu ambil berat apa yg anda makan & mengambil kuantiti air yg secukupnyaterutamanya di antara waktu berbuka sehingga sahur. Jika anda bekerja, jadual mengepam anda juga sepatutnya diteruskan seperti biasa. Kerana semakin kerap kita menyusukan (feeding) anak kita, atau semakin kerap kita mengepam, otak kita akan terus-menerus menghantar signal kepada kelenjar susu kita untuk menghasilkan susu.


Adakah Tips Lain yg Boleh Membantu?

Pn. Salwa Saleh, seorang ibu yg sudah 7 tahun berpengalaman hamil, atau menyusukan bayi atau kedua-duanya sekali tanpa henti, tidak pernah sesekali pun menjadikan bulan puasa sebagai alasan yg menjejaskan proses penyusuan & kehamilannya.

Dalam video pendek ini, beliau kongsikan 4 tips paling penting tentang bagaimana beliau berjaya menjalani ibadah puasa dengan lancar sambil hamil & menyusukan bayi. Memang tak lembik langsung! Dan bayi beliau pun kenyang & tidur lena sahaja tak meragam!



Set Ibu Menyusu Lengkap Shaklee atau dikenali sebagai Set 3M telah berjaya membantu ramai ibu menyusu berpuasa dengan lancar & bertenaga sepanjang Ramadhan. Memang tak lagi rasa lemah, lembik atau tak larat menunggu waktu berbuka. Malah, bayi pun tak meragam & tidur lena di waktu malam.

Jika anda adalah ibu menyusu yg sering merasakan berpuasa adalah meletihkan sehingga menjejaskan penyusuan bayi, SMS/Whatsapp saya 0175971031 sekarang! Masih belum terlambat. Konsultasi & tips-tips terperinci juga akan saya kongsikan bersama anda setiap masa!








No comments: