pengikut kale pink!

Thursday, August 13, 2015

TERBUKTI! VITAMIN E COMPLEX BOLEH MENINGKATKAN KESUBURAN LELAKI

Menimang cahaya mata adalah sesuatu yang amat diinginkan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Cuma, ada yang ingin terus mendapatkan cahaya mata, tetapi ada pula yang merancang untuk melewatkannya atas sebab masing-masing. Namun, bagi pasangan yang terus menginginkan cahaya mata, tetapi masih belum memperolehinya selepas setahun berkahwin, pelbagai kerisauan akan mula melanda fikiran sama ada suami mahupun isteri.. Dan tahukah anda bahawa salah satu punca kelewatan mendapat zuriat bagi sesetengah pasangan adalah disebabkan oleh masalah ketidaksuburan lelaki?

cara mudah hamil



Tahukah anda, bahawa hampir 40% daripada kes kesukaran mendapat cahaya mata adalah disebabkan oleh lelaki? Ia terjadi akibat ketidaksuburan lelaki yang berpunca daripada kualiti sperma yang rendah serta bilangan sperma yang tidak mencukupi untuk 'berusaha' menembusi dinding ovum wanita. Titisan air mani yang sihat HARUS mengandungi 40juta sperma yang sihat untuk mampu menjadikan seorang wanita itu mengandung.

Antara punca yang merosakkan kualiti sperma lelaki adalah:

  • Merokok
  • Tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang & sihat
  • Tidak rajin bersenam
  • Gemar meminum arak
  • Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat
  • Amat jarang melakukan hubungan intim dengan isteri

Terdapat 6 cara yang disarankan bagi mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki ini iaitu:

  • Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.


Vitamin E Complex Shaklee merupakan salah satu supplement vitamin Shaklee yang disarankan untuk diambil oleh para suami yang telah sekian lama mencuba untuk memperolehi zuriat. Ini kerana Vitamin E Complex ini mengandungi bahan-bahan yang mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki; dari aspek meningkatkan kualiti serta bilangan sperma. Antara kandungan Vitamin E Complex ini adalah:

  1. Vitamin E semulajadi - Vitamin E merupakan sumber yang kuat untuk imuniti dan kulit & mata yang sihat. Ia juga bertindak sebagai anti oksidant bagi badan manusia. Ia mampu melindungi sel-sel badan manusia daripada rosak.
  2. Selenium - Selenium memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme serta mencegah kanser prostat pada lelaki. Antara sumber makanan yang mengandungi tinggi selenium adalah kekacang, ikan tuna, ikan kod, daging serta bijirin.
  3. Ekstrak biji anggur - Ia berasal daripada biji anggur merah yang diekstrak minyaknya. Ia amat berkesan dalam melancarkan sistem peredaran darah, mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL), mengurangkan bengkak disebabkan kecederaan serta bertindak sebagai anti oksidant. Ia juga dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser.

Justeru, kepada mereka yang telah sekian lama berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, pengambilan Vitamin E Complex ini boleh menjadi satu lagi ikhtiar untuk mendapatkan si comel yang amat diidamkan selama ini! Insya Allah, dengan iringan doa & tawakkal, ia akan membuahkan hasil suatu hari nanti.. (^_^)

Suami anda merokok? Risau dengan kualiti sperma suami sebab dah lama sangat tak dapat anak? Jom ikhtiar dengan cara yg sihat! Saya consult anda.

SMS/Whatsapp: 017-597 1031

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments: