pengikut kale pink!

Friday, March 13, 2015

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO OSTEOPOROSIS

Osteoporosis mungkin tidak dapat dielakkan oleh kita sekiranya umur semakin lanjut. Ia berkaitan cara pemakanan dan bagaimana mengurangkan risiko osteoporosis sejak dari mula lagi. Kenapa kita perlu mengetahui bagaimana mengurangkan risiko osteoporosis ini?
ini kerana, mereka yang paling berisiko mendapat osteoporosis adalah mereka yang berumur lebih 50 tahun ( wanita khususnya), mereka yang mempunyai berat badan yang rendah, merokok, mempunyai tabiat minum alkohol yang berlebihan dan mereka yang mempunyai sejarah patah tulang.
Terdapat dua cara untuk melindungi tulang kita dan mengurangkan risiko untuk mendapat osteoporosis iaitu melalui pemakana dan senaman. Tahukah kita, kajian yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia pada tahun 2008 mendapati bahawa kadar pengambilan kalsium dikalangan rakyat Malaysia adalah di bawah 50% daripada saranan pengambilan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 2005.
BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO OSTEOPOROSIS
1) Dapatkan kalsium yang cukup setiap hari. – tulang diperbuat daripada kalsium. Cara terbaik untuk mencegah osteoporosis adalah dengan mendapatkan kalsium yang cukup dalam diet kita pada setiap hari. Kita boleh mendapatkannya melalui makanan atau minuman atau pil kalsium. Purata orang dewasa lelaki memerlukan 1000mg-1200mg setiap hari. Manakala wanita dewasa memerlukan 1000mg-1200mg juga.
2) Dapatkan vitamin D yang cukup setiap hari.- Mendapatkan Vitamin D yang cukup akan membantu badan kita menyerap kalsium yang mencukupi. Kita boleh mendapatkan Vitamin D melalui cahaya matahari dan makanan. Kita perlu 10 hingga 15 minit cahaya matahari sehari ( merangkumi tangan, muka, lengan ) 2 hingga 3 kali seminggu untuk mendapatkan cahaya matahari.

3) Makan makanan yang sihat - Nutrien lain, seperti Vitamin A, Vitamin C, magnesium dan zink serta protein juga berperanan dalam membantu membina tulang yang kuat. Nutrien yang berkhasiat ini bukan saja boleh didapati daripada susu tetapi juga daripada daging tanpa lemak, ikan, sayur sayuran berdaun hijau dan oren serta buah buahan daripada pelbagai warna.
4) Bergerak – menjadi aktif dapat membantu tulang kita dengan melambatkan proses kerapuhan tulang, meningkatkan kekuatan otot, membantu keseimbangan badan kita. Melakukan aktiviti fizikal yang menanggung berat seperti berjalan , menari, berlari, memanjat tanga, berkebun atau sebagainya lebih baik
5) Berhenti mengambil alkohol dan merokok- pengambilan alkohol akan menghalang penyerapan kalsium di dalam badan manakala merokok merosakkan tulang dan merendahkan kandungan hormon estrogen dalam badan. Estrogen adalah hormon yang diperlukan untuk membantu melambatkan proses pereputan tulang.
6) kurangkan pengambilan kafien – buang ketagihan anda terhadap minuman berkafein. ini kerana kafien akan menghalang penyerapan kalsium ke dalam badan anda. Usah terpedaya dengan sebarang produk minuman kafien yang menyatakan kandungannya tinggi kalsium
7) Pastikan rumah anda selamat – kurangkn risiko daripada terjatuh dengan menjadikan keadaan rumah selamat dan selesa. Contohnya menggunakan lapik getah di bilik air untuk mengelakkan kelicinan.
tahukah anda?
❤️ ID SHAKLEE: 1183248
❤️whatsapp 0175971031 untuk pertanyaan dan order
❤️INSTAGRAM : bypinkiey
❤️FACEBOOK: Maya Shaklee

No comments: